Ujian Aptitud UPSR !

UJIAN APTITUD BAGI MURID TAHUN ENAM SEKOLAH RENDAH MULAI TAHUN 2009.

Dimaklumkan bahawa Ujian Aptitud akan dilaksanakan kepada semua murid Tahun Enam mulai Tahun 2009 seperti mana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat jawatankuasa Perancangan Pendidikan Ke-190 bertarikh 14 November 2008 yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Pelajaran.

TUJUAN
Ujian Patitud bertuju mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi (aquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran pembelajaran. Ujian ini dapat mengenal pasti potensi murid untuk mengikuti pembelajaran dan dapat membantu para guru mengetahui tentang bakat, minat dan kecenderungan diri murid supaya pembelajaran murid lebih mudah dilaksanakan dan dipertingkatkan.

FORMAT
Ujian Aptitud Tahun Enam merupakan ujian berbertuk objektif aneka pilihan yang mengandungi 61 soalan. Tempoh masa adalah 1 jam 30 minit dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a) Bahagian 1 : Kemahiran berfikir (20 item)

b) Bahagian 2 : Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (20item)

c) Bahagian 3 : Minat, kecenderungan dan kesedian (21 item)

BAHASA
Bahasa yang akan digunakan dalam Ujian Aptitud tersebut adalah menggunakan bahasa pengantar mengikut aliran sekolah masing-masing.

PERINGATAN
Semua murid Tahun Enam tahun 2009 perlu menduduki ujian aptitud Tarikh dan waktu ujian dimasukkan dalam jadual waktu peperiksaan UPSR


Keterangan lanjut boleh melanyani http://www.sjkchualian3taiping.com/news.php?readmore=16
=========================================================